Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

Labels

AINUDDIN (13) ANNIVERSARY (2) APA2 AJE (6) BABY (8) Buah (1) CHATROOM (1) CONTEST (3) EBM (2) ENGAGEMENT (1) FRIENDS (2) Halfest (1) HOBBIES (3) Info (1) JALAN2 (5) KAMI (29) MAKAN2 (9) MASAK2 (8) New Life (4) PREGGY (9) Racun (1) RAMADHAN (1) Refleksologi (1) SABAR (1) Solid Food (1) UBATHATI (3) WEDDING (1)

Followers

Sunday, December 1, 2013

Cara Basuh Buah Anggur dan Kesan Racun


 
بسم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamualaikum semua..
 
Hari ni Hani nak share pasal info Buah..Hani memang suka sangat makan buah,memang ayah akan pastikan kat rumah akan ada bekalan buah,tapi since kahwin,jarang kami beli buah...mungkin sebab selalu dapat buah free dari jiran-jiran yang baik hati..wink! wink!  hujung minggu pulak balik kampung,so dapatlah makan buah yang di petik fresh..nyum nyum...hehe
 
Anggur,epal dan oren adalah buah kegemaran Hani, tapi korang mesti perasan kan,buah anggur tu ada kesan putih kan..itu adalah racun yang disembur bagi mengekalkan 'KESEGARAN' buah tersebut semasa proses eksport - import ni berlaku. Dulu Hani belasah je buah anggur tu,asal basuh dah kira bersih la tu...adoiii..bila dah cari balik info pasal buah terutamanya buah buahan import..rasa TERTIPU sangat!! 

Meh Hani share kat korang beberapa artikel yang hani baca dari blogger lain untuk perkongsian bersama k!


Akhbar CAP, Utusan Konsumer dalam edisi terbarunya memuatkan tiga muka surat laporan tentang bahan kimia toksik yang digunakan selepas penuaian yang dijumpai dalam buah-buahan import.

Ia turut menyertakan gambar-gambar yang dikatanya dipetik dari kaset video yang diambil secara sulit di beberapa rumah pembungkusan buah-buahan di Amerika Syarikat.
 
  
korang nak tau racun apa yang disembur tuh??
ha..namanya racun thiabendazole
 
apa kesan dari racun ni?
 
Ujian ke atas tikus bunting menggunakan bahan kimia ini di Makmal Kesihatan Metropolitan Tokyo mendapati kecacatan pada kaki dan tulang rusuk fetus.
 
haaa?????
 
baru tahu kan? kan? hani pun...huhu 
 
 
ada betulnya apa yg gambar di atas tu cuba sampaikan..
kita pun memang selalu je tengok org sembur racun pakai mask kan..tapi tak terpikir pulak bila telan buah/sayur tu kan..klau tahu pun,andaian kita bila dah basuh tu bersih la,CLEAR from bakteria dan racun la kan..haish!! meleset! meleset! huhu
 
info: 

ceri :  disembur dengan racun perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport
oren :disembur sekurang-kurangnya 3 kali dengan methyl bromide.
limau :disembur dengan 2,4-D - komponen utama Agent Orange
 
 apa itu Agent Orange ???

 iaitu toksin berbahaya yang digunakan untuk meranggas hutan semasa Perang Vietnam. 
 
Methyl Bromide tu apa pulak kan?

Jika terhidu bahan kimia ini, ia dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan teruk pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Dilaporkan kadar kematian yang berkaitannya lebih tinggi berbanding racun perosak lain di California.
 
 
korang bayangkan kita duk telan toksin ni?
Mana tak rosak badan klau telan mentah2 je semua ni? 
lepas tu tertanya2 mana datangnya penyakit,walhal dah makan byk buah..huhu sedey!
 
 
Sikit-sikit,lama2 jadi penyakit..itulah sometimes kita tak sedar yang perkara yang dianggap remeh bg kita ni rupanya penyumbang besar kepada perkara-perkara besar..cthnya: 


''Bahan-bahan kimia ini tidak berbau, tidak berwarna dan tiada rasa tetapi ia racun yang boleh menyebabkan kematian,'' kata akhbar itu.
Nah!!
boleh bawa MAUT! pulak tu!!!
 
Ya Allah.. 

So apa kita nak buat sekrg? 
macamana nak bersihkan buah/sayuran yang kita beli ni?
maka Hani google lagi,
ada beberapa cara yang disarankan di antaranya:
 
 
 cara membersihkan buah import:
  1. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat. (  sebelum dipotong-potong)
  2. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat yang ditambahkan dengan GARAM.
  3. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat yang ditambahkan dengan cuka.

 

atau..dengan colgate..Hani tak pasti kesannya secara saintifik.tapi dari gambar nampak clean..ada info tak?









 nanti...
korang nampak tak kenapa Hani highlight kan GARAM tu?

sebab garam biasa yang kita guna tu atau nama lainnye GARAM PUTIH,sebenarnya pun merbahaya juga!

sudah...
apa bahayanya plak kan?

Hani kongsikan artikel ini dengan korang semua..so korang akan dapat info yang lebih jelas..
dan boleh tau garam mana yang lebih baik, atau other solution la kan..klau korang pun ada info,mohon sharekan bersama yerk! =)

*ada pernah dengar garam bukit,garam askar..apa khasiatnye plak tu? mungkin boleh share di lain hari..In Sha Allah..=)  klau ada yang silap pasal info ni mohon khabarkan pada Hani k.Sesungguhnya yang baik itu datangnya  dari Allah,dan yang buruk itu dari diri Hani sendiri.Wallahualam.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, October 2, 2013

Halal Fiesta -HalFest

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Assalamualaikum semua..
 
Kali ni Hani nak share pasal Halfest..iaitu Halal Fiesta yg sedang diadakan di MIECC di Mines Seri Kembangan.. 

Hani baru je pegi tadi..sebab dekat dengan office..jalan kaki je la kami2 nih..=)


Selain makanan,ada juga produk2 halal yang lain seperti :
Produk kesihatan/kecantikan:
1-Catalyst : biasa nak jadi ahli RM300 kan? tp kat fiesta ni RM 150 je..nak join?hehe
satu lagi harga barangan dia kat situ utk VCO RM 36 je..klau ahli RM30..murahkan?
2- Jamu Mak Dara : Lalu je tadi..rasanya ada sale tuh..
3-Felinna : Pengasas dia pun ada skali tadi..xsempat nak snap gambo..huhu
comel orgnyer..=) 
4- banyak lagi sebenarnye..korg jenguk la sendiri k..hihihi

Pakaian:
1-jubah/tudung terkini mmg sangat banyak kat dlm tu,tinggal tunjuk je..
kepada peminat yg selalu beli jubah online,In Sha Allah akan jumpa disana.. cth:

-Elhusna
-Neda
-Karamel
-Assohwah
dll..


time2 fiesta camni la nak ambik peluang untuk mendapatkan harga rendah dr pasaran kan?
so apa tunggu lagi,ada masa jom la kesana..jgn risau..atm machine CIMB ada kat dlm dewan tu..tinggal cucuk je duit utk shopping k! hehe

Oh ya,sebelum masuk korang disarankan utk mengisi borang  ni:Form HalFest
tapi klau xsempat,kat sana pun ada sediakan,cuma perlu isi,pastu ambil pelekat pelawat,nanti korg akan dapat beg tajaan CIMB Islamic beserta pasport dan booklet dan flyer kat dlm..
boleh isi mcm2 lagi flyer yg ada kat dlm dewan tuh k..=)







 Dah,tak payah cerita banyak lagi..huhu jom reramai ke sana k!




Friday, September 27, 2013

Pilihan + Keputusan = AKIBAT



بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm



Kita boleh membuat pilihan, tetapi tidak boleh memilih akibat pilihan itu.

 Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata

Ya Allah..berilah kami petunjukMu...
agar keputusan yg diambil mendapat RedhaMu
semoga mendapat Keberkatan dariMu Ya Allah...
 Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
Amin Amin Ya Rabbal alamin..

Thursday, September 26, 2013

Cover vs Open








paksalah..dari itu terbitnya ikhlas..
 

In Sha Allah

Every Effort Counts

Wednesday, September 25, 2013

Mencari Perbaiki

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Assalamualaikum..

 

 Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Lembutkan hati ini demi mencari redhaMu ya Allah..

Ikhlaskanlah hati ini Ya Allah...Ya Rahman..Ya Rahim..

Berkatilah usaha kami ini Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Hambamu memohon hanya padaMu Ya Allah..

Amin..Amin..Amin..

Muslim.praying-387x275

Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

♥.. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu wahai imamku ..♥

Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Jadikanlah rasa Rindu ini untuk ku semakin mencintaiMu~ Ikhlas keranaMu~ Redha dengan ketentuanMu~


InsyaALLAH~

 

 

Tuesday, September 24, 2013

Assalamualaikum..Salam sejahtera semua..=)

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Assalamualaikum..
apa khabar teman2 sekalian? rindunya nak berblog..lame sgt dah rasanya ku tinggalkan dunia coretan ni..rindu jugak nak 'berblogwalking' kat blog teman2 yg sentiasa update dengan crita2 yg menarik dan perkongsian ilmu yg bernas...syabas uols..walaupun saya tak update blog,tp saya still jadi silent reader anda,walaupun xsekerap dulu..hihi 
hari demi hari..masa mematangkan kita..cewah..dah mai dah ayat penulisan sipi2 novel nih..hehehe
bukan apa masa itu emas kan..tapi berapa ramai di antara kita yg betul2 memanfaatkan masa tu? saya akui sometimes saya sendiri terlepas  pandang mengenai isu ini.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

 Maksudnya:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.


Tepuk dada tanya diri anda..diantara 4 perkara diatas,adakah kita mengamalkannya? Peringatan untuk diri saya juga,saya juga manusia biasa,masih byk lagi yang perlu di perbaiki  utk menjadi yg lebih baik...In Sya Allah..sama2 kita usahakan..

Pepatah Arab Berbunyi:-

“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.” 

 Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

 “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi). 

Jadi teman2 sekalian..bangkitlah!!! ha..ada yg tertidur baca blog saya ni kan..bangkit!!! bangkit!! leleh air liuq tu..aish..hehe..
Oleh itu, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang. Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

 Kesimpulannya,marilah sama2 kita menghargai masa..tak kiralah utk keluarga,belajar,kerja,malah masa untuk diri sndiri juga haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia adalah sebahagian daripada tanda keimanan kita padaNya..

semoga coretan terbaru ini dapat memberi sedikit ilmu pada kita semua..amin..