Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

Labels

AINUDDIN (13) ANNIVERSARY (2) APA2 AJE (6) BABY (8) Buah (1) CHATROOM (1) CONTEST (3) EBM (2) ENGAGEMENT (1) FRIENDS (2) Halfest (1) HOBBIES (3) Info (1) JALAN2 (5) KAMI (29) MAKAN2 (9) MASAK2 (8) New Life (4) PREGGY (9) Racun (1) RAMADHAN (1) Refleksologi (1) SABAR (1) Solid Food (1) UBATHATI (3) WEDDING (1)

Followers

Sunday, December 1, 2013

Cara Basuh Buah Anggur dan Kesan Racun


 
بسم الله الرحمن الرحيم

bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Assalamualaikum semua..
 
Hari ni Hani nak share pasal info Buah..Hani memang suka sangat makan buah,memang ayah akan pastikan kat rumah akan ada bekalan buah,tapi since kahwin,jarang kami beli buah...mungkin sebab selalu dapat buah free dari jiran-jiran yang baik hati..wink! wink!  hujung minggu pulak balik kampung,so dapatlah makan buah yang di petik fresh..nyum nyum...hehe
 
Anggur,epal dan oren adalah buah kegemaran Hani, tapi korang mesti perasan kan,buah anggur tu ada kesan putih kan..itu adalah racun yang disembur bagi mengekalkan 'KESEGARAN' buah tersebut semasa proses eksport - import ni berlaku. Dulu Hani belasah je buah anggur tu,asal basuh dah kira bersih la tu...adoiii..bila dah cari balik info pasal buah terutamanya buah buahan import..rasa TERTIPU sangat!! 

Meh Hani share kat korang beberapa artikel yang hani baca dari blogger lain untuk perkongsian bersama k!


Akhbar CAP, Utusan Konsumer dalam edisi terbarunya memuatkan tiga muka surat laporan tentang bahan kimia toksik yang digunakan selepas penuaian yang dijumpai dalam buah-buahan import.

Ia turut menyertakan gambar-gambar yang dikatanya dipetik dari kaset video yang diambil secara sulit di beberapa rumah pembungkusan buah-buahan di Amerika Syarikat.
 
  
korang nak tau racun apa yang disembur tuh??
ha..namanya racun thiabendazole
 
apa kesan dari racun ni?
 
Ujian ke atas tikus bunting menggunakan bahan kimia ini di Makmal Kesihatan Metropolitan Tokyo mendapati kecacatan pada kaki dan tulang rusuk fetus.
 
haaa?????
 
baru tahu kan? kan? hani pun...huhu 
 
 
ada betulnya apa yg gambar di atas tu cuba sampaikan..
kita pun memang selalu je tengok org sembur racun pakai mask kan..tapi tak terpikir pulak bila telan buah/sayur tu kan..klau tahu pun,andaian kita bila dah basuh tu bersih la,CLEAR from bakteria dan racun la kan..haish!! meleset! meleset! huhu
 
info: 

ceri :  disembur dengan racun perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport
oren :disembur sekurang-kurangnya 3 kali dengan methyl bromide.
limau :disembur dengan 2,4-D - komponen utama Agent Orange
 
 apa itu Agent Orange ???

 iaitu toksin berbahaya yang digunakan untuk meranggas hutan semasa Perang Vietnam. 
 
Methyl Bromide tu apa pulak kan?

Jika terhidu bahan kimia ini, ia dikenal pasti boleh menyebabkan kerosakan teruk pada paru-paru, buah pinggang dan hati. Dilaporkan kadar kematian yang berkaitannya lebih tinggi berbanding racun perosak lain di California.
 
 
korang bayangkan kita duk telan toksin ni?
Mana tak rosak badan klau telan mentah2 je semua ni? 
lepas tu tertanya2 mana datangnya penyakit,walhal dah makan byk buah..huhu sedey!
 
 
Sikit-sikit,lama2 jadi penyakit..itulah sometimes kita tak sedar yang perkara yang dianggap remeh bg kita ni rupanya penyumbang besar kepada perkara-perkara besar..cthnya: 


''Bahan-bahan kimia ini tidak berbau, tidak berwarna dan tiada rasa tetapi ia racun yang boleh menyebabkan kematian,'' kata akhbar itu.
Nah!!
boleh bawa MAUT! pulak tu!!!
 
Ya Allah.. 

So apa kita nak buat sekrg? 
macamana nak bersihkan buah/sayuran yang kita beli ni?
maka Hani google lagi,
ada beberapa cara yang disarankan di antaranya:
 
 
 cara membersihkan buah import:
  1. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat. (  sebelum dipotong-potong)
  2. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat yang ditambahkan dengan GARAM.
  3. Rendam dan cuci terlebih dahulu buah dengan air hangat yang ditambahkan dengan cuka.

 

atau..dengan colgate..Hani tak pasti kesannya secara saintifik.tapi dari gambar nampak clean..ada info tak?









 nanti...
korang nampak tak kenapa Hani highlight kan GARAM tu?

sebab garam biasa yang kita guna tu atau nama lainnye GARAM PUTIH,sebenarnya pun merbahaya juga!

sudah...
apa bahayanya plak kan?

Hani kongsikan artikel ini dengan korang semua..so korang akan dapat info yang lebih jelas..
dan boleh tau garam mana yang lebih baik, atau other solution la kan..klau korang pun ada info,mohon sharekan bersama yerk! =)

*ada pernah dengar garam bukit,garam askar..apa khasiatnye plak tu? mungkin boleh share di lain hari..In Sha Allah..=)  klau ada yang silap pasal info ni mohon khabarkan pada Hani k.Sesungguhnya yang baik itu datangnya  dari Allah,dan yang buruk itu dari diri Hani sendiri.Wallahualam.