Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

Labels

AINUDDIN (13) ANNIVERSARY (2) APA2 AJE (6) BABY (8) Buah (1) CHATROOM (1) CONTEST (3) EBM (2) ENGAGEMENT (1) FRIENDS (2) Halfest (1) HOBBIES (3) Info (1) JALAN2 (5) KAMI (29) MAKAN2 (9) MASAK2 (8) New Life (4) PREGGY (9) Racun (1) RAMADHAN (1) Refleksologi (1) SABAR (1) Solid Food (1) UBATHATI (3) WEDDING (1)

Followers

Sunday, November 13, 2011

Switch Day

Salam semua..

Harini ku LEBIH BAHAGIA k! hehe y? sebab rini suamiku uruskan hal rumah pepagi buta lagi...oleh kerana ku nga cuti2 malaysia ni kan,so subuh ku sambung je tidur...hehe en somi dah solat mengaji mandi then die buat kije2 rumah..even breakfast pun die dah belikan..tq honey!!! aku? mmg ngah berlayar lagi ngan Ainuddin..hehe pas kitaorg bangun,somi buatkan neslo untuk ku,mandikan Ainuddin,buatkan susu Ainuddin,bg Ainuddin makan..oh dear..kamu taukah betapa bersenang lenang ye daku bile semua tu kamu yg buat? hehe rasakan la rutin harian ku itu..hehe tapi aju tau abg buat dengan ikhlas..thanks a lot honey! its very means a lot to me!


aku pun leh la mengadap laptop update pe patut..hehe hepy day..esok switch lagi bleh? hehe..dats all la..bai bai.. last but not least...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ehsan Mr.Google


p/s: cubalah korg switch jugak..tgk apa jadi..hehe

Thursday, November 3, 2011

Refleksologi

Kawan2..ade yg pernah buat refleksologi tak?
ape kesannye? best? ke sakit?
saya rasa baru nak mencuba la..saje nak test,lagipun cam dah lama x btul2kan urat ni,mana tau kut2 urat ni dah tegang kan..mau kendur2 kan jugak..hehe
ade yg tau harga tak? apa yg saya tgk kat Kuantan Parade tu ..15minit Rm10..nak cuba 15minit dulu la..nanti klau best tambah lagi kan..hehe papepun ni ade sikit info yg boleh kita share kan bersama! =)



Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.


Kelebihan rawatan

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.



Info lebih terperinci di sini


Tuesday, November 1, 2011

Jalan2 Pantai Sepat

Hujung minggu lepas kami dijemput Puan Katy sekeluarga makan tengah hari disana..
kerna dieorg masak nasi ambang..lame dah aku teringin ni..terima kasih ye katy..sedap..nanti boleh jemput kami lagi ye..hehe tp ni nak share pict di pantai sepat petang hari tu..konon2 picnic la ek..hehe enjoy the pict!


weeii

katy with mikhail..new baby

bucuk mama

buai laju2

kusyuk main syg?

aboh pun main yerk..comel both of u!

Monday, August 1, 2011

S stand for SABAR


Sedih?



Sabar..



kenapa?



bagaimana?



jadi..



kerana,



berdoalah..



Ingatlah..



Semoga..

KESABARAN itu menjadi bekalan termahal buat kita di akhirat nanti...


Amin ya rabbal alamin..




So please be..


















Lamanya Bercuti!!

Salam semua..

sudah agak lama saya bercuti ye..dah xterhitung dek jari jemari dah..jari pun dah agak kaku nak menaip ni ha..asyik salohhh je...huhu  okies la lepas ni insyaAllah  akan saya teruskan kerja2 yg xbergaji ni..hauhuahua

first of all..saya dengan bangganya telah menjadi fulltime housewife again!!! perg..bak kate cite kartun boboi tu..TERBAIKKKKKKK!! hehe saya sangat gumbira dengan jawatan special ni..hehe ye saya tau anda jeles ..haha uwekk hihi jangan marah ekk

ye? kenapa brenti kije?
sebab xbest anymore..after for all those kind of "pelik2" things buat saya serikkkkk nak keje balik..aku malas nk crite bende ni,buat darah naik je redhakan je la..ikhlaskan hati ni..insyaAllah...boleh! boleh! leh caya ke?
since hubby pun lebih ska saya duk umah layan anak terune die yg sorg tu..nanti saya cite bab si teruna kami tu ye..huhu so saya rasa saya nekad la duk rumah je pasni..wiiiii!!

So there will be no more typing resume,searching for job,attend interview,rushing in da morning,no more BS/taska..no more pening2 ngan work,mc,cuti,commision,gaji,check stock?cashier? ni aku pun xpaham,name je officer/exec but still kene g outstation cek stock? jadi cashier time raya?KEJADAHHH? oh..semua tu THE END! ENOUGH ALREADY! ni yg semangat sangat pehal plak ni..lalalala..

udah2 la ye saya membebel.klau dah lame xhupdate cenggitu le gayanya,semua nk tulis/cerite..ade ke yg bace? haha klau dilayan maunye buat karangan cam exam tu, 2 3 pages..huh

ok..sampai sini la dulu..nanti story the morry lagi k..SALAM RAMADHAN SEMUA..

Ramadhan Air

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR,bernombor 1443H.Kita akan terbang pada ketinggian 29/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar.Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN.Saya selaku anak kapal yg bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN.Semoga sampai ke destinasi anda (Aidilfitri anda)

Wednesday, April 27, 2011

Takdir,Iman,Hikmah,Nikmat

Assalamualaikum semua..

saya gelarkan takdir,iman,hikmah dan nikmat  adalah 4 sekawan yg sangat kamcing..
ketiga tiganya saling melengkapi,bagai aur denga tebing,bagai isi dengan kuku..

tapi sejauh mana kita menerima takdir dengan penuh keimanan agar terpancar hikmahnya untuk kita nikmati?

mari saya kongsikan artikel ini bersama2 kawan2 semua agar,dapat dijadikan panduan pada diri saya dan anda sekalian,...hayatilah..


Takdir Dan Iman Kita
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."
Takdir Mengatasi Tadbir
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
Apa Khabar Iman Anda?
Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Bersangka Baik Dengan Allah
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.
Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
Nikmat Allah
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."
Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

Semoga dapat membuka minda saya dan rakan2 selepas membaca artikel ini,kerana bagi saya,dengan adanya takdir,iman,hikmah dan nikmat,kita lebih mengenali Allah kerana itulah cara Allah berkomunikasi dengan hamba2nya..terpulang pada kita sama ade sedar atau tidak..wallahualam.

Live The Moment


Assalamualaikum..
artikel ini saya petik dari web iluvislam..sangat terkesan buat saya,dan saya harap anda juga dapat rasai perasaan itu..perasaan ape?perasaan live the moment..hayatilah..

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya:"Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit""Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".
Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.
Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.

MasyaAllah..pesanan nye sungguh ringkas..ingat Mati,hidup Hepy..InsyaAllah..=)


Tuesday, April 19, 2011

Ayu Engagement

Buat Ayu & Yamin..Congrats!!
Semoga jodoh kamu berdua berpanjangan ye..
Nanti kahwin,pelamin tu sewa ye,kaklong n abglong nak sanding lagi sekali..plus ainuddin sekali..hehehe =p
di sekitar majlis pertunangan Ayu & Yamin..my sister in law...

Ayu and the HANTARAN

Ayu n Mil
Pinky Pinky


Last but not least
-
-
-
-






 dah kerimasan dah..sib baik anty tulun cover kan..hikhik


Apa? gambr tunang ayu? hihi nak curi dr Fb ayu,tp xdapek..prob pulak..
agaknya suh tunggu ayu kahwin dulu baru boleh tayang gambo nyer kat sini ork ork?
huhu..sekian

Nasi Ayam Madu

Di hari Sabtu yg lepas.saya sempat buatkan Nasi Ayam Madu ni untuk suami tercinta..hihi
kes nyer sebab hubby ngidam ngan nasi ayam..dicari2 kat kedai area rumah ni,tp semua tutp/habis..kesian pulak kan..so esok ye,saya ke pasar,belikan barang2 nka buat nasi ayam madu khas buat suamiku..hehe sayang aju x ni?? ops..jiwe pulak kan..hihi

pendekkan cerita..nilah hasilnye...sila la jamu ye..jamu mata je la..=p


bolehla..dari xde kan kan? hihi..yg penting perut suami kenyang...mlm tu pun suami cari nasi ayam ni..hihi nanti aju buat lagi k? hihi =) baiklah makcik2 oii..sampai sini je bersama chef kali ni ye..sok2 kite jumpe lagi..tata titi tutu...p

Jejak Link

Salam semua

Saya akan  jejak balik link kawan2 yg dah hilang dr blog list saya dulu...sayang betul rasanya..tp dah mmg xda cara lain..harus la jejak satu persatu...jadi lepas ni..hope xhilang lagi,dek kepandaian yg amat tu..huhu

so u guys..just wait i'm knocking your blog door~! erm..blog ade pintu ke tak ye? huhu ting tong....

Thursday, April 14, 2011

Ainuddin & seringgit

kali ni nak story pasal duit seringgit..

kisahnye dah lame..masa ambik aunty ainuddin balik dari sabah kat klia..so kitaorg follow la sekali..lepas dah ambik tu,singgah nilai sebab anty ainuddin tu mau bertunang ma,,,so beli kelengkapan sikit la kat nilai 3 tu kan..

masa tu berhenti la kat tempat rehat nilai tu...kebersihan tiptop! 2 thumbs up la...bersih,klau tempat lain surau penuh tahi cicak jerk..tp kat sini bersih je..kain telekung pun mcm baru je semua..ke mmg yg baru? hehe

so masa makan tu,daku duk pilih2 ngan hubby,ainuddin duk dengan nenek die..pas kitaorg datang kat meja tu,Mil cakap ade org bagi duit seringgit kat ainuddin,sebab geram dan suka tgk ainuddin..murah rezki ainuddin..hehe terpinga2 je si tecit ni,bukan tau pe pun..pastu org tu nak balik,die datang lagi,die cakap,org rumah die xleh beranak,tu die xleh tgk baby,geram katanya...tp daku pusing2 keliling gak,ade je baby 2 3 org duk makan situ,nape x bg kat dieorg gak seringgit?? hikhik pastu pikir lagi...dah rezki ainuddin,kecik2 dah ade peminat..hahaha kitaorg gelak je la..mcm2 hal..

ikutkan Ainuddin mmg murah benor rezkinya..semoga bertambah murah rezkinye ya Allah..dari sebelum lahir lagi..ye la kan,setiap manusia tu dah ade rezki yg ditentukan Allah kan..masa ainuddin lahir tu,collection mmg tip top si tecit ni..balik modal le duk aqiqah kambing 2 ekor..hahaha

ape2 pun wang bukan segalanya sayang...ilmu dan keimanan itulah yg menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat..Rabbi habbli minladunka zuriatan toiyibatan innaka samiii udoa..Ya Allah kurniakan aku zuriat yg soleh/solehah,sesungguhnya engkau maha mendengar...klau salah tolong betulkan..=)

Ainuddin's walker

Salam semua..

Haritu dah belikan walker untuk ainuddin..puas hati sungguh..hihi sebab xyah nk dukung2 die lagi..letak je dlm tu..merayap la die,walaupun xselaju mana..at least die leh explore sendri,,habis meja kecik mama di goncang2 ..haha very funny,mcm hebat benor je leh jalan ye..habis wayar telefon rumah ditarik2..siap disconnec lagi tenet sebb wayar tercabut..huhu klau letak bawh,duk ikut semut hitam..habis baju tu jadi kotor sebab tolong mama mop lantai ngan baju ye sayang?? kamu sangat notty tp adorable!!! ni la aksi2 si tecit ni..besar2 dengan sihat dan kuat ye! =)

nampak tak gg tu??hehe



nak kemana tu sayang oii..merayap je ye..huhu

Hepy 2nd Anniversary

10.4.2011 yg lepas merupakan my second anniversary..Alhamdulillah..dah 2 tahun rupernye..cepatnye masa berlalu..semoga kami lebih matang dalam mengharungi isu2 rumah tangga ni..lebih prihatin dan sensitif dengan perasaan pasangan dan anak.lebih berusaha keras demi masa depan keluarga..InsyaAllah..

buat suami..thanks a lot for the suprise!!! tahnks for the cheese cake,roses n coklet! hehe i luv it dear!
tp sayangnyer untuk kamu mama xsempat nk kasi suprise..lewat sikit boleh la ek..hihi pape pun,mama sayang kamu aboh!!!thanks for always be my side,thanks for taking care of us,thanks for everything you have done to us.. thanks for being a very lovely husband n father to me n ainuddin..we love you so much!=)

ni gambar2 sepanjang hari tu..thanks to my frenz too sebab sudi datag rumah setelah dijemput somi..saya xtau pun..huhu pandai korg..leh tengok gelagat ainuddin dan sara sekali..=)



see? ainuddin dah klon ayah ye kan?
Alala..Sara dan Ainuddin
sorry gambr xsharp ..

Hepynyer sara,,nak dpt adik kan..hihi

together,we explore the world!


tengok sini la...hehe


'sara,itik ni untuk awak.'
'xnak,saya nak kete merah awak la'



'nanti saya ambik ye'

'jom kita main kete same2'


haha,agaknye tu la yg budak tecit 2 org ni cakap
hakikatnye waktu itu hanya kedengaran
'niee,hah..tak..da..da..ba..eiii'
anda paham? saya pun xpaham..hahaha

gamabr parents sara nanti upload lagi...ehhe
jgn mara ek..hihi

Saturday, April 2, 2011

BACK TO WORK

salam semua..

kini bermula la rutin baru,kembali bekerja..setelah sekian lamanya menanti keizinan dari suami..Alhamdulillah,orang kata,bila suami dah bagi izin ni,semua dipermudahkan Allah kan..mungkin sebb tu la,semuanya dipermudahkanNya untuk daku mencari rezki ni..tempat kerje ni mmg 5 minit je leh sampai,less then 5 minit pun ye jugak..sangatla dekat..even kluar rumah kul 850 pun ,still sampai awal dari budak2 asrama..mujur sangat dapat job dekat dengan rumah..tak lupe gak,thank you to my fren,Katy sebab bagitau ade job kat situ..tq yer puan katy..=) tapi sayangnya,kamu xdapat join sekali..xpela,mungkin rezki lain menanti kamu di Pekan kan..mana2 pun rezki Allah tetap ada..klau kamu baca entry ni,aju wish gud luck untuk kamu! dah macam kad ucapan dah entry saya ni..hikhik..

Ainuddin,ayah nye jagakan buat sementara cari taska/bs..ikutkan mmg hubby jaga,tp budak kedai dh berenti,terpaksa cari taska/bs dulu sementara dapatkan budak baru..part  ni mencabar sikit.terutamanya hubby,manala nak manage dua2,kedai ngan anak..ainuddin lak bukannye nak minum FM,lagila merana paknye nak jaga..ebm lak,on off..(yg ni daku yg salah sebb pump xikut jadual) huhu sib baik setiap kali lunch balik untuk susukan ainuddin..time ni la berangan ebm penuh dlm peti ais..(angan xsudah) =p

ebm agak merudum sebb pump xkonsisten.masalah jugak ni...diharap next week boleh start pump kat meja,sebb rasanya ok kut,..cuba dulu la..no komen lagi,xcuba,xtau..huhu

taska pulak bayaran rm350 sebulan,xde ikut jam,hantar separuh ke penuh ke hari tu mmg charge die rm350..makanan dari luar xdibenarkan..so mcmana tu kawan2? logik kah? huhu
dah pernah try separuh hari...hari tu jugak saya xsenang duduk kat ofis..asyik teringat anak je..natijahnye,kije saya mcm xsiap2 je..masa pulak mcm lmabat sangat hari tu..adui....

begitulah episod setelah kembali bekerja...semoga dipermudahkanNya...amin..sekian..

Wednesday, March 23, 2011

Ainuddin 6mnths

Saje nak share pict ainuddin..sebb dah lame ade dlm lappy ni,yg lain2 still dlm kamera lagik..huhu
Ainuddin dah besar sayang..mama sayang kamu and aboh kemas2!!!!

 wat r u doin mama?


nape semua gelap ni??

mama syukur sangat sebab kamu membesar dengan baik sekali sayang,mungkin ini berkat doa2 mereka yg menyayangi kamu,nanti besar2 jgn lupekan  mereka ye syg?
luv u-mama n aboh